Dec 3, 2009

'Doa Turunkan Bala'

Agaknya Menteri Besar Kelantan sudah gila. Di dalam masyarakat Melayu, orang y tinggi ilmu agama sehingga memudaratkan dirinya kerana ketidakfahaman kepada asas2 agama digelar 'gila isim'. Namun, Menteri Besar ini bukanlah orang y sedemikian. Beliau mahir n sangat tinggi ilmu pengetahuan di dalam hal ehwal agama, mustahil beliau terlupa asas2 Islam y unggul. Maka, beliau dikategorikan sebagai gila sebenar, bukan gila y dibuat2.

Terbaru, beliau menyeru agar didoakan bencana kepada orang Islam y tidak sealiran dengan jemaahnya. Ini hanya disebabkan oleh pertikaian tentang wang atau harta dunia y tidaklah diberi perhatian sangat oleh sesiapa sahaja y zuhud. Wang ehsan y menjadi puncanya. Padahal, sebagai seorang ulama, beliau tidaklah sangat menjatuhkan air mukanya sendiri dengan meminta2. Benarlah sepertimana kata-kata Umar Al-Khattab y sangat terkenal,"Kefakiran menyebabkan kekufuran". Ulama pewaris Nabi. Namun Nabi SAW tidak pernah mendoakan bala terhadap orang lain, terutama sekali kepada sesama agama. Ketika Baginda di halau dan dilontar batu oleh penduduk Taif y kafir ketika Baginda mahu mencari perlindungan di sana, namun apabila ditanya oleh Jibril a.s bahawa Allah akan menurunkan bala sekiranya Baginda mahukan terhadap mereka, maka Rasulullah SAW menolak n mendoakan kesejahteraan untuk penduduk Taif. Doa Baginda adalah supaya hidayah Allah SWT diturunkan kepada penduduk Taif.

Jadi, jelas sekali bahawa Nik Aziz bukan ulama tetapi hanya 'ular dalam semak' y perlu dipukul agar ia tidak membunuh akidah orangg Islam nanti. Saya tidak pasti tahap kesihatan mental Menteri Besar ini, namun sekiranya diperhatikan, jelas beliau sudah mula kehilangan arah serta tahap kesihatan mentalnya y mula merosot.

Penyokong2 PAS y buta tuli mungkin mengangkap apa y dikatakan oleh Tok Guru mereka sebagai sesuatu y perlu diguna pakai, namun tidaklah mereka sedar bahawa mereka sedang mengikut apa y dikatakan oleh Allah SWT di dalam al-Quran sebagai 'taghut'. Inilah perkara y dikesalkan y sedang terjadi di dalam masyarakat kita. Islam sesama Islam bertelagah, kafir bertepuk tangan dikiri n kanan. Akhirnya Islam hancur, umatnya lemah n hanya menjadi bahan sepak terajang bangsa lain di dunia ini.

Kepada Nik Aziz, harap beliau bertaubat dengan apa y dikatanya sebelum matahari terbit dari sebelah barat. Berdosa dengan Allah, mudah untuk diampunkan, namun berdosa dengan sesama manusia, tunggu sahajalah apabila berda dihadapan Allah y Maha Agung nanti. Ilmu agama y tinggi, tidaklah menjamin kita ke syurga. Malah, ia adalah tanggungjawab y paling berat y perlu kita pikul.

Dec 1, 2009

'Kembali menulis'

Agak lama aku tidak menulis apa2 isu di blog aku. Kadang2 kalau ada sikit masa, baru sempat tulis tentang sikit2 kehidupan aku selepas berkahwin. Tiada isu berat y ditimbulkan. Bukan sudah tiada idea untuk menulis, namun kejaran waktu menghambat aku menjadikan blog ini agak tidak terurus. Rasanya visitors pun dah kurang since tiada topik y menarik untuk dikongsi bersama. Kepada pengkritik, mungkin ia merupakan satu modal y terbaik untuk mengatakan bahawa aku bersemangat 'hangat2 tahi ayam'.

Kesibukan sebegini adalah biasa untuk pelajar sarjana. Tidaklah sesibuk pegawai2 atasan y ke sana sini bermesyuarat 24 jam 7 hari, namun tidak ada hasil apa2 dari segi integriti atau akauntibiliti. Tambahan pula aku telah mengambil cuti panjang semasa menguruskan perkahwinan aku tempoh hari. Hari ini, aku masih terkejar2 untuk meng'cover' balik kerja2 y terbengkalai selama 15 hari aku bercuti baru2 ini. Kerja aku di Belum masih berbaki 2 bulan sebelum dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada kerja2 di makmal n penulisan tesis. Aku amat berharap agar dapat menyiapkan tesis aku tahun 2010 dan kemudian bergraduasi. Tekanan menelaah pelajaran kadang2 menyerabutkan kepala. Harap2, tidaklah sampai botak kepala aku apabila tua nanti.

Banyak isu y mahu aku bicara, namun tidak tahu mana satu hendak dimulakan. Mungkin aku perlu duduk disamping menyiapkan tugasan2 aku, n mula semula menulis. Kepada diri sendiri, aku ucapkan Selamat Kembali ke alam per'blog'an.

'Kehidupan lebih bermakna'

Hari ini, genap sebulan aku telah mendirikan rumahtangga. Sekejap sangat rasa masa berlalu. Padahal, rasa cam baru semalam je semua2 tu terjadi. Sebenarnya, apabila orang sekeliling melihat kami berdua di USM ini, nampak cam sama saja, seperti sebelum berkahwin. Hakikatnya, banyak berlaku perubahan di dalam kehidupan ini. Walaupun x sampai 5 minit, status aku bertukar pada 30 Oktober y lepas, namun, alhamdulillah, aku dapat rasakan aku telah bersedia untuk memikul tanggungjawab y lebih besar. Sebagai anak lelaki di dalam keluarga, pastinya tanggungjawab aku pasda keluarga tidak akan terpadam walaupun aku telah berkeluarga. Mak n bapak menjadi tempat aku untuk berbakti, begitu juga dengan kedua-dua mentua.

Rutin harian tidak banyak berubah, namun kehidupan lebih terurus. Ada orang y menjaga makan minum. Hidup lebih bermatlamat, sementelah aku perlu untuk mengejar isteriku y selangkah terkehadapan daripadaku di dalam akademik. Kami punyai cita2, punyai impian. Kami sedang gigih berusaha untuk mencapai segala mimpi kami itu. Bak statement daripada Honda, The Power of Dreams. Itu y akan cuba kami capai. Segala perancangan sedang berjalan dengan teratur. Di harap, walaupun pasti akan ada cabaran, namun kami akan berjaya melaluinya.

Sekarang, banyak perkara dikongsi bersama. Segala masalah akan dibawa ke meja perbincangan. Toleransi n tolak ansur menjadi kunci utama kebahagiaan. Hal rumahtangga diuruskan bersama2. Semoga apa y ada, akan berkekalan sehingga nafas ini terhenti.

Nov 24, 2009

'Terima Kasih Semua'

Alhamdulillah, setelah setahun membuat persiapan, termasuk saat kritikal sebulan terakhir, maka pada 30, 31 Oktober dan 7 November lalu, telah berlangsunglah perkahwinan diantara saya n isteri, Nur Asshifa. Walaupun di kedua2 belah pihak pengantin, hujan telah turun dengan lebatnya pada hari2 sebelum majlis, namun cuaca amat baik pada hari perkahwinan tersebut. Terima kasih y tidak terhingga kepada seluruh anggota keluarga terutamanya Mak n Bapak serta Mak n Abah diatas segala2nya y diaturkan. Juga ucapan ribuan terima kasih kepada semua kawan2 y menghadiri, juga kepada bestman n bestwoman pada hari persandingan. Terima kasih banyak2. Doa n harapan kalian agar masjid y dibina kekal selamanya semoga dimakbulkan.

Terima kasih y tidak terhingga daripada Mr. n Mrs. Zul....







Untuk melihat gambar perkahwinan ini, sila layari facebook saya di:-
http://www.facebook.com/#/profile.php?ref=profile&id=1628613512

Nov 11, 2009

'Wahabbi'

Beberapa minggu lepas, sekali lagi pihak berkuasa Islam di negara ini telah melakukan satu perkara y pada hemat saya agak keterlaluan n menjatuhkan imej agama Islam di Malaysia. Umum mengetahui tentang isu penangkapan Dr Mohd Asri Zainal Abidin, bekas mufti bagi negeri Perlis atas alasan beliau memberi kuliah agama tanpa tauliah di negeri Selangor.

Dr. Asri merupakan seorang pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM). Selepas itu, beliau dipinjamkan ke negeri Perlis sebagai mufti, negeri y terkenal kerana di dakwa mengamalkan fahaman Wahabbi. Apa sebenarnya Wahabbi? Secara ringkas, Wahabbi adalah satu fahaman y hanya mengamalkan Islam secara terus daripada nas-nas Al-Quran n hadith Rasulullah SAW secara literal. Pengamal Wahabbi enggan untuk menerima tafsiran agama y lebih moden kerana berpendapat tafsiran itu lebih cenderung kebaratan atau 'western influence'. Jadi, kelompok ini digelar 'traditionalist' atau golongan muda y menafsirkan Islam berpandukan Al-Quran n al-Hadith.

Saya tidak merasakan bahawa fahaman ini akan mewujudkan amalan agama y songsang selagi mana ia berpegang kepada 'Tidak ada Tuhan Melainkan Allah, Muhammad SAW pesuruh Allah'. Lagipun, sepanjang saya membaca tulisan Dr. Mohd Asri, mengikuti kuliahnya di dalam tv n internet, saya dapati, beliau cuba untuk menyingkirkan khurafat n amalan agama y salah di dalam masyarakat kita. Pengaruh golongan lama y berkepentingan telah menjadikan Islam bercampur baur dengan budaya masyarakat setempat. Sebagai contoh, amalan mengupah haji untuk orang y telah meninggal dunia. Saya tidak pasti adakah ini amalan agama Islam atau hanya untuk mencari keuntungan di atas nama agama Islam y mulia ini. Hadith y terkenal ada menjelaskan bahawa “Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara ; Sedekah Jariah, atau Ilmu yang memunafaatkannya, atau Anak soleh yang mendo’akan keatasnya” (Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari). Jadi, adakah dengan mengupah haji, maka dikira orang y telah meninggalkan dunia itu telah menunaikan haji.

Sebenarnya, dengan kemunculan Dr. Asri, ramai dikalangan ahli2 agama y menggunakan agama untuk kepentingan peribadi merasakan y periuk nasi mereka akan tertutup sekiranya dibiarkan Dr. Asri ini. Menyebarkan ceramah dengan meminta bayaran menjadi amalan tok-tok guru y hanya bijak bercakap, namun tidak melaksanakan apa y disuruh. Mengapa baru hari ini hal tauliah mahu ditimbulkan. Bagaimana sekian banyak penceramah2 y bebas berceramah samada dipentas politik atau pentas ilmu Islam dibiarkan walaupun tanpa tauliah. Penyebar ajaran palsu, 'Rasul Melayu' Abdul Kahar dibiarkan sehingga bertapak kukuh dengan pengikut y ramai baru diambil tindakan. Nampaknya, penangkapan Dr. Asri ini mempunyai unsur2 penganiayaan kerana ketulusan beliau untuk menukarkan pemikiran kita kepada y lebih segar n kembali kepada asas Islam y sebenar.

Nampak, Majlis Agama Islam n Pejabat2 Zakat merasa y periuk nasi mereka akan terancam sekiranya dibiarkan Dr. Asri ini. Sepatutnya, perkara2 sebegini tidak seharusnya berlaku. Ia hanya akan mengundang Islam kepada perpecahan. Selesaikan dengan cara baik. Tertegaknya Islam apabila ada unsur2 syura' y sering diamalkan oleh Nabi Muhammah SAW untuk mengukuhkan agama Isla ini. Kita sebenarnya y suka melabelkan orang itu n ini sebagai Wahabbi, Syafie n sebagainya, namun umat Islam adalah satu. 'Orang y paling mulia di sisi Allah adalah orang y bertakwa. Majlis2 agama Islam negeri2 seharusnya bermuhasabah untuk memperbaiki segala kekurangan di dalam pentadbirannya. Telah banyak dilaporkan y mereka ini tidak tahu membuat kerja!