Aug 18, 2009

'Papadom'

Title entri ini walaupun cam tajuk sebuah filem y menang banyak award baru2 ni, tapi xdak kena mengena pun dengan apa y aku akan tulis. Papadom ni asalnya dari India. Kira cam keropok India la. Aku x sure camna nak buat dia. Tapi y pasti, kalau kat kedai, bila cakap papadom, tokei kedai akan bagi y kering punya, sama cam keropok ikan orang Melayu, cuma cutting jer lain. Y selalu aku makan, jenis y cut kuboidal tu, segiempat tepat. Habis tu, kenapa nak ada entri pasal papadom ni.

Selain daripada roti canai y popular dalam masyarakat majmuk di Malaysia ini y berasal dari India, papadom mungkin boleh kita ambil contoh sebagai satu makan eksotik y menjadi kesukaan segenap lapisan masyarakat. Sehinggakan dia diangkat menjadi title sebuah filem. Walaupun citer tu xdak mengangkat papadom sebagai subjek utama (pendapat aku la based on sinopsis ja sebab filem tu x tayang lagi), tapi ia amat dekat dihati kita sehingga tajuk sedemikian pasti akan menarik minat masyarakat untuk pergi menonton, tidak kira Melayu, Cina atau India.

Inilah sebenarnya konsep y perlu kita faham. Walaupun asilimisasi tidak berlaku semasa negara mencapai kemerdekaan, namun, masyarakat Melayu menerima kaum2 Cina n India dengan tangan y amat terbuka. Tidak ada diskriminasi kaum. Semua menjadi satu bangsa y bernama Malaysia di pentas dunia.

Lihatlah orang2 y begitu lantang mengemukan isu perkauman, menentang kerajaan y dituduh rasis, cauvinis n sebagainya. Mereka ini amatlah berjaya. Lihatlah Karpal Singh n anak2nya. Semua menjadi peguam terkenal. Cuba bayangkan kalau mereka ini masih di India, mungkin mereka ini sekarang hanya pemungut najis kepada kasta y lebih tinggi n mulia. Siapa y menjadi amat kaya di Malaysia ini. Y pertama Cina, y kedua India. Semua orang tahu. Adakah ini y dikatanya diskriminasi.

Tidak ada pembunuhan etnik. Tidak ada penghapusan kaum, penindasan n sebagainya. Ia cuma imaginasi mereka y masih trauma dengan apa y terjadi pada mereka di tanah asal mereka sebelum mereka datang disini. Negara ini n penduduk asalnya amatlah bersifat mulia dengan memberi tanah tumpah darah mereka untuk dikongsi bersama. Tapi ibarat melepaskan anjing y tersepit, sekarang anjing itu sedang menggigit orang y sesiapa y menyelamatkan nyawanya.

Orang Melayu tidak boleh berdiam diri lagi. Orang Melayu sangat rapuh sekarang ini, umpama sekeping papadom, y sedang @ cuba dikunyah oleh mereka y buta sejarah, lupa asal usul n tidak tahu mengenang budi. Kita perlu bersatu supaya negara ini menjadi warisan y terbaik untuk anak cucu kita. Biarlah kita hanya makan papadom, tetapi tidak di'papadom'kan.

p/s: Susu semakin membasi...

Aug 11, 2009

'Konvokesyen Ke-40 USM'

Setinggi-tinggi tahniah kepada semua graduan USM y akan bergraduasi bermula pada esok hari, 12 Ogos 2009 sehingga 16 Ogos 2009. Sekalung bunga n setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada tunang tersayang, Nur Asshifa yang akan bergraduasi untuk kali kedua pada esok hari. Beliau telah berjaya menghabiskan pengajian di peringkat sarjana bioteknologi. Alhamdulillah kerana berjaya mengharungi semua cabaran bersama2, pahit manis n asam garam menjadi seorang pelajar. Ilmu n pengalaman y kami kongsi selama ini akan menjadi bekalan untuk kehidupan y lebih baik pada masa akan datang. Mungkin kejayaan ini merupakan hadiah perkahwinan kita y teristimewa y akan berlangsung tidak lama lagi. Tahniah.
Suasana semasa pengambilan jubah

Istimewanya konvokesyen kali ini adalah ia merupakan konvokesyen ke-40 USM. Namun, agak mendukacitakan kerana negara sedang dilanda wabak selsema babi y menyaksikan keadaan suram akibat kebimbangan orang ramai terhadap penularan wabak ini. Namun, tidak menjadi masalah. Pastikan kebersihan sentiasa dijaga, pakai topeng muka @ mask n elakkan bersesak2 di kawasan y padat dengan orang ramai. Kalau boleh, warga emas n kanak2 tidak dibiarkan berada di persekitaran y terdedah kepada virus ini. Kita tidak tahu n pasti siapa y menjadi pembawa n menghidapi penyakit ini secara diam, namun kita mampu mengelakkannya, insyaAllah. Pastikan air diminum secukupnya agar sistem badan sentiasa berada didalam keadaan optimum untuk menentang segala jenis penyakit.
Bersama Dekan Sains Kajihayat, Profesor Abu Hassan

Saya ada melawat ke kedai2 di tapak konvo tadi, n mendapati tidak banyak gerai seperti tahun2 y lalu. Mungkin ramai y bimbang. Saya tidak pasti samada ada @ tidak kaunter khas screening selsema babi kerana saya pergi tadi pada waktu malam. Diharapkan ada kaunter sedemikian agar dapat dijalankan proses screening kepada semua tetamu universiti y akan berkampung di USM bermula sejak hari ini. Apa2 pun, keselamatan setiap y ada adalah menjadi tanggungjawab bersama.
Penerima2 anugerah Doktor Kehormat USM

Apa2 pun, buat pertama kali konvokesyen USM akan diadakan setelah diiktiraf sebagai universiti APEX terunggul di Malaysia, akan meraikan semua graduan2 y lahir atas usaha tanpa jemu para pensyarah n pegawai2 akademik USM dalam melahirkan modal insan untuk masa depan negara. Tahniah n semoga USM akan terus cemerlang didalam memacu negara kearah ketinggian ilmu n memartabatkan bangsa Malaysia.

Bergaya dengan Jubah Dekan, hehe..

Aug 4, 2009

'5 Bahasa Cinta'


Hari Sabtu y lepas, masa aku keluar ke Gurney ngan Shifa, Ryan, Any n Jackson, aku ada beli satu buku kat MPH. Masa tu, saja ja kuar ke Gurney sebab nak spend time ngan Blairs since lepas diorang sampai ke Malaysia lepas balik kampung di Texas. Lepas 2 minggu, baru sempat jumpa diorang sebab masing2 sibuk dengan komitmen sendiri. Pas lepak2 n makan kat Korean BBQ Chicken, kami pusing2 la dalam Gurney tu. Masa kat MPH, aku beli la satu buku. Cam best. Title dia ' The Five Love Languages' by Gary Chapman. Mamat ni memang pakar dalam psikologi relationship ni. Agak famous la jugak.

Aku belum sempat baca habis buku ni. Tapi, setakat mana y aku baca, buku ini amatlah menarik. Gaya tulisannya memang menambat hati. Ia seperti bercerita dengan kita n kita seperti akan terhenti seketika n memikirkan apa y diperkatakan dalam buku ini. Cinta dan makhluk adalah perkara y menjadi tabii manusia semenjak zaman Adam a.s. Allah SWT memberikan kita satu perasaan n keinginan y amat indah, y menjadi nikmat kepada sekelian makhluk, agar mereka ini dalam menjalani kehidupan dengan tenang n aman.

Buku ini lebih menekankan konsep memahami cinta selepas kahwin. Ia amat penting kerana selau terjadi, pasangan tidak memahami antara satu sama lain dan akhirnya bergaduh, kemudian bercerai. Cinta terhakis kerana masing2 tidak lagi mementing perasaan pasangan mereka. Ini adalah kerana, biasanya lelaki, mereka dah dapat seseorang tu, jadi tidak lagi perlu menjaga hati. Orang selalu kata, masa zaman bercinta, kalau awek sepak batu, maki hamun si pakwe kat batu tu. Lepas jer kahwin, confirm la isteri pulak y dituduh buta la, cuai la sampai tersepak batu kat jalan. Jadi, buku ni menerangkan konsep memahami bahasa cinta pasangan masing2 agar hidup penuh dengan harmoni, dalam suasana cinta y tak pernah pudar.

5 Bahasa Cinta itu adalah, 1)Words of Affirmation, 2) Quality Time, 3) Receiving Gifts, 4) Acts of Service dan 5) Physical Touch. Jadi, ia menerangkan bagaimana kita melihat bahasa cinta pasangan kita. Sebagai contoh, quality time @ masa y berkualiti, ada sesetengah pasangan, amat mementing masa untuk bersama. Kalau sehari, mesti dia nak masa y berkualiti dengan pasangannya. Jadi, pasangan y satu lagi perlu faham y memberi rtespon y baik kepada bahasa cinta itu. Begitu juga dengan Acts of Service. Ada pula y suka apabila suami menolong di dapur, menolong mengemas rumah. Jadi, apa suami faham bahasa cinta isterinya itu, ia akan selalu please isterinya begitu akan keharmonian rumahtangga terjamin.

Kesimpulannya, buku ini mengupas persoalan y selama ini timbul akibat pudarnya kasih sayang dalam rumahtangga. Ia juga menyediakan exercise kepada pembaca supaya mereka mengenali bahasa cinta masing2 y boleh dikongsi bersama pasangan agar cinta terus membara walaupun sudah 20 30 tahun berkahwin. Kelaurga y hidup dala kasih sayang akan menyediakan satu persekitaran y amat sihat untuk generasi mereka dan akan diteruskan dalam masyarakat. Ini akan menyediakan masyarakat y hidup penuh aman n tenteram. Mungkin tidak ada lagi peperangan dalam dunia ini andaikata cinta mampu menjadi begitu berkuasa.

Aug 1, 2009

'Fatal Accident'

Semalam, aku telah menyaksikan satu kemalangan maut y melibatkan seorang penunggang motosikal dan sebuah kereta. Kalau x salah, kereta wira aeroback n sebuah motor Honda EX5. Kejadian berlaku lebih kurang pukul satu tengahari. Masa tu, aku ngan member2 kuar lunch kat Kashmiri, kat belakang Hotel Vistana Penang. Masa kitorang lalu kat traffic light tu masa nak g ke kedai makan tu, xdak lagi eksiden tu. Dalam 2o minit pastu, masa kitorang on the way balik, nampak dah jam dah kat traffic light depan Vistana Hotel tu. Ingat eksiden biasa, sekali nampak ada satu obejk tengah terbaring ditutupi dengan plastik hitam. Kereta remuk kat part depan, motor kat tengah jalan, helmet dok tergolek kat tepi mayat tu. Pelik jugak bila lihat keadaan kereta, cam remuk teruk akt part depan padahal motor y langgar. Kesimpulannya, memang laju la motor tu. X tau salah siapa, tapi y pastinya, memang motor tu y langgar kereta sebab mayat tu terpelanting ke depan, bukan ke tepi. Aku lihat, kedudukan mayat tu agak jauh daripada kereta n motor tu, kira memang dahsyat la mangsa tu terpelanting lepas langgar kereta tu. Nauzubillah. Minta la dijauhkan daripada kematian ngeri camtu. X tau la camna keadaan mayat tu sebab bertutup. Aku sempat snap 2 gambar guna handset, tapi x clear sangat. Boleh la nampak ada plastik hitam tutup mayat tu di hadang oleh kereta polis.


Mayat kat depan keta polis


Scary. Maut di jalan raya. Lelaki berbaju oren
melihat mangsa.


Aku xnak menghakimi siapa y salah, perkara dah terjadi. Memang ajal mangsa di situ. Namun, aku sering melihat sikap masyarakat kita, kadang2 aku pun terlibat sama. Suka melanggar lampu merah, undang2 jalan raya. Di Penang ni, terutamanya bikers, diorang ni suka nak cepat, tapi membabi buta. Sebagai contoh, di traffic light Gelugor+Sg. 2 depan rumah aku ni, selalu sangat motosikal mencelah2 di hadapan kereta di jalan y bertentangan semata2 tidak mahu menunggu traffic light hijau. Bahaya, terutama y membawa anak2 sekolah. Mereka ini langsung tidak fikirkan keselamatan anak2 mereka. Kadang2 sampaikan aku terpaksa break emergency.Bilalah agaknya mentaliti2 sebegini akan dapat diubah. Tidak salah nak cepat, tetapi biarlah mengikut peraturan. Orang Jepun lagi bergerak pantas, namun semuanya mengikut aturan, berdisiplin dan menghormati undang2. Kadang2, rasa fed up bila drive kat Penang ni.

Pastu, petang semalam pulak, masa on the way balik rumah, keta aku ada ikut satu keta y dipandu oleh orang Arab. Diorang ni satu lagi perangai, suka melanggar undang2, memandu membahayakan orang lain n kasar. Y kelakarnya, keta Arab tu eksiden aku rasa, tapi mungkin dia ada masalah nak repair, so dia drive jer keta tu ke hulu ke hilir. Aku x tau nak cerita camna, tapi tengok la sendiri keadaan keta ni.




Y pelik tu, boleh pulak keta tu jalan. Memang enjin x rosak, tapi aku rasa cam membahayakan orang lain. Kalau bahaya dia seorang x kesah la. Tapi, aku memang meluat ngan perangai Arab ni. 2 kali masa aku nak balik rumah, kat trafic light depan Plaza Ivory ni, jam panjang. Dari jauh aku nampak cam kosong kat trafic light tu. Nampak ada satu kereta stop jauh sikit dari trafic light. Ingatkan rosak. Tetapi, pas aku potong kereta tu, aku perasan y rupa2nya kereta tu x rosak, tetapi driver tu sengaja berhenti tepi pokok y kat tepi jalan sebab nak berlindung dari panas. Menyirap jer aku rasa. Jam sampai depan USM kerana dia seorang. Kalau sekali xpala jugak, ini 2 kali, 2 orang y berbeza. X tau la, mungkin ini kot perangai Arab. Sebab tu la kat negara diorang, perempuan dilarang memandu. Sebab masalah camni lah kot.

Aku harap sangat, satu hari nanti, pemikiran kita semakin establish dalam menerima dengan rasa penuh tanggungjawab undang2 di jalan raya. Kita semakin hampir kepada status negara maju 2020, jadi kita perlu pastikan y pemikiran juga akan turut maju.

p/s: Seorang arab dah x park keta kat line kuning lepas aku nasihat kat dia. Tapi ada arab lain pulak y park. Tension giler!

Jul 28, 2009

'Selsema Babi Semakin Membabi'

Pertama sekali, maaf kerana mungkin pada sesetengah orang, title entry di atas agak kasar n kurang sopan. Namun, perlu dijelaskan bahawa, perkataan itu bukanlah bererti mencarut @ makian semata2, y selama ini menjadi mindset kepada kebanyakan orang kita, tetapi ia hanyalah perkataan semata2, mungkin perlu digunakan di dalam sesetengah konteks.

Hari semalam menyaksikan seorang lagi terkorban akibat wabak selsema babi ini. Peningkatan jumlah jangkitan amat membimbangkan. Setakat hari ini sahaja, 48 kes baru dikesan y melibatkan jangkitan tempatan (mungkin jumlah ini telah berubah). Jumlah kematian menjadi 2 kes y pada saya adalah serius. Sepatutnya, tidak perlu ada kematian akibat penyakit y pada awalnya telah kita sedari tentang potensinya y boleh membunuh.

Setiap hari berita di akhbar melaporkan kes2 baru. Minggu lepas, 2 UiTM telah ditutup dan semua pelajar diberikan cuti selama seminggu. Semalam, ia merebak pula ke Unimap. Rasanya, banyak lagi kolej2 dan universiti2 y akan ditutup akibat penyakit berbahaya ini.

Tetapi, masih ramai tidak sedar akan keperluan menjaga kesihatan. Masih ada y memakan daging babi. Ladang2 ternakan babi masih bebas beraktiviti dan menjalankan urus niaga. Selain daripada manusia y perlu dikuarantinkan, kenapa kerajaan menutup sebelah mata berhubung dengan kebersihan di kandang2 babi n masih membenarkan import n eksportnya masih berjalan seperti biasa. Sepatutnya, langkah berani perlu diambil agar wabak ini y terang-terangan berpunca daripada babi merebak n membunuh manusia. Agaknya, nyawa babi n tauke babi lebih bernilai.

Di pintu2 masuk negara, pemeriksaan kesihatan agak longgar. Menurut teman semakmal y baru pulang dari Iran n China, pemeriksaan dibuat ala kadar. Hanya memeriksa suhu badan, kemudian boleh pulang kerumah. Bila ada kes, baru tergopoh-gapah mengesan semua y berada di dalam satu flight dengan mangsa untuk dikuarantin kan. Kita amat faham bahawa bukan mudah untuk melakukan semua itu, namun biarlah kita susah sedikit daripada susah banyak di kemudian hari.

USM pernah dihebohkan dengan proses kuarantin beberapa orang pelajar2 akibat disyaki menjadi pembawa selsema babi ini. Saya ada berbual dengan seorang staf di sekolah saya pagi tadi, beliau ada menyebut tentang kerisauannya akibat penyakit ini. Menurut beliau, beliau ada berbual dengan seorang doktor di Pusat Kesihatan USM dan doktor tersebut menyatakan bahawa sepatutnya USM juga perlu ditutup seminggu bagi mengelakkan virus ini terus bermaharajalela. Namun, tidak pasti apa y terjadi di 'atas' sana sehingga penyakit ini seperti dirahsiakan daripada pengetahuan pelajar. Sekurang2, berikan kesedaran kepada semua pelajar, edarkan risalah n mungkin mengedarkan mask kepada setiap pelajar. Dimanakah pegawai2 di Kampus Lestari? HEP? MPP? Pusat Mahasiswa n sebagainya? Berikan kesedaran sebelum ia menjadi lebih serius. Seperti biasa, sudah menjadi tabiat orang Malaysia, bila terhantuk beru nak tengadah.

p/s : I'm watching Chief of MPPUSM is bluffing on TV1..