Jun 1, 2009

'Chin Peng'


Mungkin title entry ini tidak begitu menarik minat kepada para pembaca. Namun, terdetik jugak untuk membicarakan n memberi pandangan ringkas terhadap isu y agak panas sekarang ini.

Aku xlah kenal sangat Chin Peng ni. Cuma kenal melalui buku n artikel y pernah aku baca jer. Tambah lagi dengan buku sejarah masa sekolah dulu. Tapi y aku tau, Chin Peng ni boleh dikatakan bukan pengkhianat negara pun sebab dia bukan rakyat negara ni. Dia lahir sebelum merdeka, n tidak mendapat kerakyatan pun selepas merdeka sebab dia adalah pengganas, jadi otomatik dia bukan pengkhianat negara. Dia adalah MUSUH negara, sama seperti penjajah pada zaman dahulu. Cuma y berbeza, dia dilahirkan di Tanah Melayu. Malangnya Tanah Melayu tidak lagi wujud kini, jadi dia adalh orang y tidak bernegara. Dia tidak boleh mendakwa dia rakyat Malaysia kerana semasa dia dilahirkan, Malaysia y ada sekarang belum wujud lagi.

Apalah jasa dia pada negara ini. Jasanya tidak lebih hanyalah menyebabkan ramai wanita y menjadi janda, anak2 menjadi yatim, orang2 y sempurna anggota tubuh menjadi cacat seumur hidup. Masakan rakyat Malaysia boleh lupakan tragedi Bukit Kepong, Tragedi Gubir n banyak lagi y menjadi bukti kekejaman Chin Peng. Dalam hatinya tidak lebih daripada hati binatang y tidak ada rasa perikemanusiaan.

Ini bukan masalah perkauman apabila orang Cina mahukan Chin Peng diberikan hak kerakyatan, tetapi merupakan masalah rakyat Malaysia keseluruhannya. Berapa ramai juga orang Cina n India dibunuh oleh orang2 Chin Peng. Begitu juga kaum2 y lain. Masakan ia boleh dimaafkan begitu sahaja. Bukan sahaja Chin Peng, malah berapa ramai lagi pemimpin komunis y berbangsa Melayu hidup dalam buangan sekarang. Bagaimana dengan Rashid Maidin. Nasibnya lebih baik kerana dia memang orang Melayu, berasal dari Tanah Melayu.

Hentikanlah semua polemik y akan mengundang perbalahan ini. Jangan timbulkan isu2 sensitif. Orang Cina n India perlu hargai pengorbanan orang Melayu y menerima mereka sebagai saudara sebangsa di atas nama Malaysia. Ingatlah, dahulu Cina tidak diterima dimana2 negara. Begitu juga India. Namun, orang Melayu mengutip Cina n India di tepi jalan n menjadikan sebagai saudara. Hentikanlah. Hentikanlah.


May 28, 2009

'A friend from HELL'

Sebenarnya, dah lama rasa nak buat entry ni. Tapi masa banyak y x sesuai kerana sekiranya menulis semasa hati sedang panas, maka akan hilanglah segala norma2 manusia dalam hal mengeluarkan kata2. Maka, dirasakan, sekarang merupakan waktu y ais antartika pun dah membeku balik.

Kawan ni, ada macam2 jenis. Tapi y aku nak cakapkan kat sini adalah kawan y tikam kawan dari belakang, mengumpat, membawa fitnah n memburukkan kawannya dari belakang. Maka kawan sebegini tidak langsung boleh bergelar kawan. Now, that is what i'm doing to her n act..

Dia ni, apa y bahayanya tentang dia adalah suka memburukkan setiap orang y dia kawan. Ada y dia kata suka menyendeng2 kat dia, tapi hakikatnya dia y nampak menyendeng2 kat orang itu. Ada juga dia mengumpat seorang kawannya y bertudung labuh, senior y garang, kawan sebilik , teman serumah n banyak lagi perkara keji y x dapat digambarkan kat sini.

Aku pun tidak terlepas dari menjadi mangsa. Aku dituduh malas, tidak bertanggungjawab, boros, lelaki jahat y tidak sesuai langsung dengan tunang aku n bermacam2 lagi. Y menariknya, dia citer kat orang tentang kononya sifat buruk aku, tetapi pada masa y sama dia memburukkan orang itu kat aku. Pergh, complicated giler. Y menjadi durinya adalah, di depan orang dia berlagak sangatlah matured, baik budi pekerti, namun di belakang orang, dia menjadi syaitan y berada di bahu kiri y membisikkan segala fitnah n hasutan y bersifat mahu memecahkan belah hubungan silaturrahim.

Pada aku, dia hanya bersifat hipokrit, bermanis muka di depan semua orang tetapi menjaja pekung orang kepada orang lain. Orang sebegini amat berbahaya dalam institusi masyarakat. Tidak langsung mahu mengaku kesalahan sendiri, tetapi dengan mudah menuding jari bahawa orang y telah menganiayainya, 'menghalaunya' dari rumah tanpa sebab n menjaja cerita bahawa dia telah dihalau n teraniaya kepada semua orang. Dia tidak langsung berdosa, maksum. Alih2, orang itu y menerima kutukan, dan dia terus diletakkan dalam kelompok y tidak sedar tentang duri y dia bawa. Aku harap, Allah sahaja y akan menilai n membalas perbuatannya.

p/s: Y bestnya, dia kata aku takut nak tanya sendiri, betulkah dia memburukkan aku camtu padahal dia x sedar y kaki aku masa tu rasa ringan sangat nak menyepak orang!


May 22, 2009

'Gosip'

Gosip tentang artis2, di Malaysia secara amnya, amat digemari oleh pelbagai pihak terutamanya golongan muda. Gosip atau lebih tepat berita @ khabar angin ini menjadi trend n budaya dalam masyarakat kita. Gesaan Senator Tan Sri Jins Shamsuddin di Dewan Negara agar kerajaan mengambil perhatian tegas terhadap pengamal2 media dalam mengendalikan media2 massa dinegara ini agar tidak terlalu menulis artikel2 y berbaur gosip atau khabar angin adalah sesuatu y patut kita beri perhatian.

Di dalam agama Islam, Allah menjelaskan bahawa 'fitnah adalah lebih berat dosanya dari membunuh'. Maksuknya, dosa fitnah ini adalah sesuatu y kita tidak boleh ambil mudah. Sekiranya apabila sesuatu kes bunuh berlaku, kita secara terang-terangan mengutuk sesiapa sahaja y melakukan pembunuhan itu, mengapa tidak dilakukan perkara y sama keatas pesalah y menyebarkan berita palsu @ gosip @ fitnah ini. Malangnya, masyarakat kita lebih memandang tinggi keatas2 berita palsu ini dengan alasan, 'jika tiada angin, takkan pokok boleh bergoyang'.

Gosip ini sangat hebat kuasanya. Ia mampu meruntuhkan sesebuah organisasi seperti perkahwinan, kekeluargaan, persahabatan n sebagainya. Ini amatlah dilarang dalam mana2 agama n budaya pun di seluruh dunia. Maka, apabila timbul usul sebegini di Dewan Negara, maka ia seharusnya dilihat sebagai penyakit y begitu serius y sedang melanda media2 massa di negara ini. Masyarakat perlu diingatkan bahawa, pengamal2 media massa pada zaman sekarang hanya mengejar keuntungan melalui kelarisan produk2 media mereka, bukan dengan niat untuk menghubungkan setiap anggota masyarakat dengan berita y tepat, fakta n benar2 terjadi. Ini y menjadi masalah besar dalam media2 massa ini.

Tidak perlu diberikan contoh tentang gosip2 y sebenarnya tidak lebih sekadar berita2 picisan y tiada nilai harganya kerana terlalu banyak. Fitnah akan menjauhkan manusia dengan manusia, manusia dengan Tuhannya. Jadi, perangilah ia, tidak kita apa jua perkataan y digunakan samada fitnah, gosip @ apa2 sahaja, ia tetap membawa agenda y sama iaitu menjatuhkan maruah kita sebagai manusia. Matlamat tidak akan sesekali menghalalkan cara sekiranya cara y salah y kita pilih.

p/s: Gosip untuk hari ini ialah, aku hensem! Ikutlah nak pecaya ke x...

May 14, 2009

'Memori Kolej Matrikulasi Melaka'


Semalam masa dok belek2 album lama, ternampak la gambar kat atas ni. Memori lama menjelma balik(jiwang), hehe. Ni la classmate aku masa kat Kolej Matrikulasi Melaka tahun 2001 dulu. Dah 8 tahun dah usia gambar ni. Masa tu kamera pun dok guna filem lagi. Kitorang sekelas di Praktikum 31.

Dalam kelas ni, ada 31 orang. Lelaki 10 orang ja. Banyak y dah extint dah. Diorang ni adalah, dari kiri, Aku, Amir, Azmi, Kobod, Pejel, Arau, Mad n Cik Sue. Y pompuan pulak, ramai sangat la, letih aku nak menaip. Y masih dok keep in touch ngan aku cam Izani, Masturah, Achik and of course tunang aku, Shifa. Pergh, aku sedar, dah lama dah aku get along ngan Shifa ni, hehe.

Ramai gak y dah kawin. Cam Kobod, baru ni aku contact dia, dioa baru dapat anak sulung. Pejel plak kawin bulan 6 ni. Azmi dah selesai dah bulan Disember hari tu. Izani pulak akan berkahwin ngan Mad, classmate kitorang jugak, pun bulan depan. Cik Sue pun dah kawin.. Dah ada anak dah pun. Amir aku dah lost contact ngan dia. Arau masa jumpa time raya hari tu, baru dok bercinta. Kahwinnya x tau la bila. Aku ngan Shifa plak, hujung tahun ni nak kawin dah. Nora pun bulan 6 ni jugak kalau x salah.

Emm, cam baru semalam ja kami tinggalkan matrik. Banyak sangat kenangan manis. Dulu matrik lain, x macam hari ni. Dalam setahun, hanya 3 kali je balik rumah. Cuti pertengahan semester, cuti semester n hari raya. Kira dalam setahun tu, masa banyak habis ngan member2 la. Sedih sangat masa hari last nak blah. Kira, paling rapat ngan aku sehingga sekarang, Pejel. Dia memang bestest fren aku.

Paling best masa bulan puasa n hari raya haji kat sana. Semua dengan kawan2. Setiap malam, 28 hari g terawih ngan kawan2. Bangun bersahur. Main meriam buluh sampai kena kejar ngan En. ISA (nama dia Isa, kami panggil ISA sebab strict giler pasal disiplin). Aku ingat laig, satu blok kena panggil turun pukul 3 pagi sebab main meriam. Padahal y main tu 2 3 orang jer. Pastu semua kena g masjid, bersumpah ngan al-Quran kata x main meriam tu. Pikir2, memang jahat giler time tu. Kitorang berkurung dalam bilik, tutup lampu, n x turun sampai ke pagi.

Masa raya haji plak, pentadbiran matrikulasi ada buat majlis korban. 4 ekor lembu ditumbangkan. Best giler. Masa tu sembelih lembu x pakai tali pun xper. Ramai giler student y pakat dok pegang lembu tu termasuk aku. Sampai lembu tu x bergerak langsung walau sikit. Ada sekor lembu y terkorban malam raya haji tu sebab terjerut leher masa kena tambat kat bawh pokok belakang koperasi kitorang.

Best betul masa dok pi kacau budak2 tengah dok prep. Kira cam agensi pencegah maksiat la ni. Ketuk bilik kelas kalau ada lelaki n pompuan tengah dok buat study group. Aku ingat lagi, ada satu bilik tu, budak2 tengah buat study group. Kitorang ketuk n pekik, "Buka pintu, JAIS, JAIS(Jabatan Agama Islam Selangor)!!". Tiba2, dengar satu suara perempuan cakap, " Jais xder". Lembut jer suara tu. Kitorang gelak giler nak mampus, haha. Nakal betul time tu.

The Good Old Days. Memang cannot buy la al those things. Terfikir gak nak buat reunion (kami dah pernah buat reunion untuk Praktikum 31 kat KL tahun 2004). Tapi susah sebab ramai y dah berkerja, dah ada family. Apa2 pun, memang paling best la. Antara kenangan n memori y paling best la dalam kamus hidup aku.

p/s: Teringat jugak time aku homesick dulu masa 1st 2 weeks kat KMM. Kelakar giler, hahaha!


May 12, 2009

'Kita yang Tertewas'

Keputusan mahkamah tinggi dengan keputusan bahawa PR masih memegang tampuk negeri Perak secara sah membawa maksud y cukup mendalam kepada semua pihak untuk berfikir. Walaupun telah memerintah negara selama 52 tahun, namun merampas Perak melalui lompat pari adalah tindakan y paling tidak bijak n tidak matang y pernah dilakukan oleh kerajaan BN. Rakyat diletakkan sebagai mangsa akibat kerakusan semua pemimpin tidak kira pembangkang atau kerajaan dalam berpolitik.

Keputusan semalam sebenarnya membuka lebih peluang kepada sesetengah parti untuk melakukan kekacauan di negara kita ini. Semakin lama, semakin rakus mereka cuba untuk menguasai negara ini, seperti y telah terjadi di Singapura. Sekiranya dilakukan pilihanraya DUN di Perak sekalipun, Melayu masih tidak akan berkuasa. Orang bukan Melayu akan bersama2 berpakat untuk menguasai kerajaan, seterusnya negara ini. Mahukah kita, sebagai bumiputera, perkara2 sebegini terjadi semasa kita masih hidup. Tolak ketepi Anwar Ibrahim, Nizar Jamaluddin kerana mereka merupakan pemimpin y paling bodoh dalam sejarah Malaysia y memperjudikan nasib bangsa ke tangan bangsa lain. Apa y ada dalam pemikiran mereka adalah kuasa n kekayaan. Itu sahaja.

Sebenarnya, Melayu perlu dikejutkan dari lena y tak pernah bangun n terjaga ini. Biarlah bangsa kita mengemis di tanahair sendiri satu masa nanti. Sekarang ini, kita sesama Melayu berbunuh-bunuhan, bertikam-tikaman semata2 kerana perbezaan ideologi politik n kerana hal2 y teramatlah kecil. Malang nasib kita sekiranya kita berterusan berfikiran sebegini.

p/s: Aku Melayu sejati!