Mar 15, 2009

'Cemerlang'

Setinggi gunung, jutaan ucapan TAHNIAH kepada Nik Madihah Nik Mohd Kamal, pelajar 20A untuk SPM 2008! Aku turut merasa bangga n terharu dengan kejayaan seorang anak Melayu, berpendidikan Islam, anak nelayan n hidup dalam kekurangan, namun berjaya menjadi terbaik di kalangan terbaik.

Buletin Utama tadi menyiarkan betapa murahnya rezeki y di terima Nik Madihah atas sikap ikhlasnya dalam menuntut ilmu selama ini. Beliau kini menjadi rebutan Bank Negara, Petronas n MARA y begitu beria2 ingin membiayai pelajarannya ke luar negara dalam bidang apa saja y dia mahu. Turut menerima tempiasnya sudah tentu kedua ibu bapanya y berjaya mendidiknya dengan begitu cemerlang walaupun mereka bukanlah berpelajaran tinggi. Namun, kesedaran bahawa ilmu mampu mengubah hidup seseorang itu menjadikan mereka redha dengan kehidupan mereka n berusaha untuk mengubah nasib mereka sekeluarga. Alhamdulillah, sejuk perut ibunya mengandungkannya.

Begitulah, sekiranya ilmu menjadi matlamat, kesenangan hidup y menjadi nikmah. Usahlah hanya sibuk berpersatuan, menjadi wakil pelajar n sebagainya sekiranya ilmu berterusan diabaikan. Memang perlu seimbang, tetapi hakikatnya langsung tidak seimbang bagi pelajar y begitu sibuk berpersatuan itu n ini. Mereka tidak akan ikhlas mencari ilmu. Niat ingin membantu, mewakili pelajar lain untuk berjaya, namun diri mereka sendiri tidak terbantu. Akhirnya kejayaan y mereka kecapi hasil bodekan n kabelan dengan pihak2 atasan y begitu buta menilai kaca atau permata. Jadinya, negara akan diwarisi oleh generasi y lemah n tidak berilmu.

7 comments:

  1. pas tgk berite tadi mesti ko beria2 nak taip entry ni kan. idea dtg mencurah2...ahahaha

    ReplyDelete
  2. eit..awat hang tak add aku as follower? sedey aku

    ReplyDelete
  3. rezeki masing-masing

    ReplyDelete
  4. Sorry kerol, aku sibuk skit. Baru balik nih. jap g aku add k.

    ReplyDelete
  5. To Fuzama: mmg rezeki, tapi apa maKna rezeki klu dpat dngan cara menzalimi orang lain??

    ReplyDelete
  6. Boleh x saudara Zul tulis sesuatu berkenaan ayat ini..

    "Kita manusia, bukannya satelit,mampu terkulai,mengorbitkan angkasa, pastinya kita perlukan sentuhan,
    jiwa ke jiwa, menolak sengsara kesepian.."

    ReplyDelete
  7. To anonymous: Cam lagu jer ni...

    ReplyDelete